Bengkel SKPK dan SMPK

27 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2020 yang lepas, Bengkel Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) dan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Sibujaya. Bengkel yang berjalan selama dua jam ini dihadiri oleh 23 orang guru prasekolah sekitar Sibu.

Tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing guru-guru memahami sistem online SMPK yang telah mula dilaksanakan di peringkat kebangsaan bermula tahun 2010. Sistem ini mengumpulkan maklumat kelas-kelas prasekolah sama ada swasta atau kerajaan di seluruh negeri. Ini termasuk maklumat kelas, murid-murid dan ibu bapa/penjaga, guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan dengan tayangan beberapa video KDB untuk memberi kesedaran kepada para guru mengenai pentingnya menjaga keselamatan di internet. Semoga dengan perkongsian ini juga, para guru dapat berkongsi maklumat keselamatan dengan murid dan ibu bapa murid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali